ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Hari ni adalah hari pertunangan bagi kakak saya yang kedua sebagaimana yang saya cerita sebelum ini. Hari ni ramai saudara mara saya datang ke rumah saya. Sebelum majlis bermula, saya sempat membuat assignment bahasa Inggeris. Semasa saudara saya datang, saya terus bermain bersamanya. Majlis habis kira-kira pukul 2:30 petang. Selepas itu, saya kena balik ke Permata Pintar pada pukul 3:15 petang. Kali ni saya balik bersama kakak saya. Saya sampai ke sini pada pukul 6:30 petang kerana kami melalui jalan yang sesak. Kalau lancar je, sepatutnya dari rumah saya hanya 2 jam sahaja tetapi kalau jalan sesak, maka lebih 2 jam la baru sampai. Itu sahaja dari saya. SEKIAN, TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment