Monday, January 25, 2016

Bahasa Melayu Tinggi


  • Bahasa yang digunakan semasa majlis atau program rasmi
  • Bahasa Melayu tinggi sering dikaitkan dengan bahasa persuratan
  • Istilah bahasa tinggi dapat dikatakan bukan istilah linguistik
  • Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard
  • Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial)

Monday, January 18, 2016

RUMUSAN

         Petikan membincangkan akibat kenaikan barangan keperluan harian Malaysia yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

         Kenaikan barangan keperluan harian di Malaysia menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Seterusnya, tanggungan keluarga pengguna bertambah berat. Selain itu, boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat. Kesan seterusnya, peniaga memanipulasi perniagaan dengan sendiri. Di samping itu, pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Seterusnya, kuasa pembeli bertambah kecil. Akhir sekali, kegawatan ekonomi mungkin menjadi lebih teruk kerana kerajaan tidak dapat mengawalnya.

          Langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini ialah kerajaan perlu memperbanyakkan kumpulan barangan kawalan. Di samping itu, kerajaan perlu mengenakan tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

          Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.

Tuesday, January 12, 2016

RE-ORIENTASI PELAJAR LAMA

 Program Re-orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara

BANGI, 5 Januari - Pelajar Kolej PERMATApintar telah pulang ke kolej mereka untuk sesi 2016. Pelajar lama telah mengikuti Program Re-orientasi Pelajar Lama di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Program itu dijalankan selama satu hari bermula 8.30 pagi 5 Januari hingga 11.00 malam 5 Januari. 

Program ini dijalankan untuk memberi taklimat kepada pelajar-pelajar lama. Taklimat yang disampaikan adalah untuk mengingatkan semula pelajar-pelajar lama tentang peraturan-peraturan sekolah, aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun ini, pengurusan diri dan perkara-perkara yang perlu diingatkan. Program ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri untuk menerima kedatangan pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar pada 18 Januari 2016.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah mengenai "Right Mindset" dan "Vision-Mission KPpN". Program diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik, Puan Siti Aishah. Beliau menyentuh tentang kurikulum Kolej PERMATApintar Negara, kehadiran Pengajaran dan Pembelajaran. Kemudian program diteruskan dengan ucapan dari pihak kaunseling. Pada petang hari, Cikgu Mior memberitahu tentang sistem ko-kurikulum PERMATApintar.

Program disambung pada pukul 9.00 malam. Cikgu Fadzil dan barisan felo yang lain menerangkan semula peraturan-peraturan di asmara. Program tamat pada pukul 11.00 malam. Semua pelajar pulang ke asrama untuk berehat.