Tuesday, October 28, 2014

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Mohamad Aizuddin bin Ismail
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.


Dato’ Seri Mursyid bin Zafri
No. 37, Jalan Sahabat 3/11,
Taman Keluarga Bahagia 2,
45500 Kuala Selangor,
Selangor.                                                                                   28 OKTOBER 2014

Dato’ Seri
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERMATA DI ANGKASA
            Dengan hormat merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Pusat PERMATApintar Negara akan mengadakan Majlis Perasmian PERMATA di Angkasa. Justeru, pihak Pusat PERMATApintar Negara dengan sukacitanya menjemput Dato’ Seri ke program tersebut.
2.         Butiran program adalah seperti berikut:
            Tarikh             : 22 NOVEMBER 2014
            Masa               : 9 Pagi – 5 Petang
            Tempat            : Pusat PERMATApintar Negara

Kerjasama Dato’ Seri untuk menghadirkan diri ke majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.





MOHAMAD AIZUDDIN BIN ISMAIL
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.

Monday, October 27, 2014

UNGKAPAN YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMARAHAN PENDENGAR

1.Berikan 10 ungkapan yang tidak bertata susila yang boleh mendatangkan kemarahan kepada        pendengar.

 1.Woi budak, kau datang sini jap?
 2.Woi, ko belikan aku air guna duit kau.
 3.Jalan cepat sikit boleh tak, lembap?
 4.Terhegeh-hegeh, macam siput.
 5.Aku suruh kau beli air sirap, kau beli air kosong, bodoh gila kau.
 6.Wei, kenapa kau bodoh sangat?
 7.Aku tanya ni, jawablah bodoh.
 8.Dah, dah, sebelum aku bantai kau, lebih baik kau blah dari sini.
 9.Kau blah sekarang.
 10.Malas betul aku nak layan budak lembap macam kau ni.

2.Apakah kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa melayu?


Menimbulkan perasaan hormat terhadap rakan
Melambangkan warisan bangsa
Mewujudkan masyarakat yang harmoni
Mewujudkan kerjasama di antara masyarakat sekita kita
Melambangkan pertuturan yang indah dan sopan

ISTILAH LARAS BAHASA

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa matematik:

  1. Tambah
  2. Tolak
  3. Darab
  4. Bahagi
  5. Garis selari
  6. pentagon
  7. hexagon
  8. polygon
  9. solid geometry
  10. kiub
  11. piramid
  12. sfera
  13. silinder
  14. kon
  15. perpuluhan
  16. pecahan
  17. kuasa 2
  18. kuasa 3
  19. kuboid
  20. heptagon
  21. octagon
  22. nonagon
  23. decagon
  24. hendecagon
  25. dodecagon
  26. pi
  27. graf
  28. carta
  29. teorem pythagoras
  30. punca kuasa

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sains:
  1. komet
  2. khatulistiwa
  3. orbit
  4. paksi
  5. keperluan asas
  6. pemboleh ubah
  7. proses hidup
  8. planet
  9. atmosfera
  10. graviti
  11. fotosintesis
  12. pembiakan
  13. botani
  14. jisim
  15. pecutan
  16. had laju
  17. mikroorganisma
  18. virus
  19. bakteria
  20. sel darah merah
  21. sel darah putih
  22. sel tumbuhan
  23. sel haiwan
  24. kuasa
  25. tenaga
  26. inertia
  27. biojisim
  28. arang
  29. anak bulan
  30. angkasa
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa agama:
  1. halal
  2. haram
  3. syubhah
  4. makruh
  5. harus
  6. sunat
  7. solat
  8. puasa
  9. al-quran
  10. hadith
  11. haji
  12. umrah
  13. hadas
  14. ulama'
  15. wudhu'
  16. zikir
  17. zalim
  18. tayammum
  19. tafsir
  20. tauhid
  21. feqah
  22. syirik
  23. muslim
  24. hijrah
  25. hilal
  26. ihsan
  27. jahilliyah
  28. umat
  29. wali
  30. rasul
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sastera:

  1. Adegan
  2. Kata Pujangga
  3. Alegori
  4. Aliterasi
  5. Alusi
  6. Ambiguiti
  7. Anafora
  8. Antagonis
  9. Antologi
  10. Asonansi
  11. Bombastik
  12. Cereka
  13. Cerpen
  14. Drama
  15. Citra budaya
  16. Dialog
  17. Diksi
  18. Epifora
  19. Epilog
  20. Episod
  21. Genre
  22. Hyperbola
  23. Inversi
  24. Kronologi
  25. Metafora
  26. Monolog
  27. Novel
  28. Paradoks
  29. Peribahasa
  30. Plot

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa seni
  1. Garisan
  2. Stensilan
  3. Lukisan
  4. Catan
  5. Montaj
  6. Motif
  7. Gurisan
  8. Tekapan
  9. Kolaj
  10. Cetakan
  11. Lipatan
  12. Guntingan
  13. Boneka
  14. Batik
  15. Topeng
  16. Arca
  17. Assemblaj
  18. Anyaman
  19. Mozek
  20. Mobail
  21. Stabail
  22. Ukiran
  23. Kaligrafi
  24. 2D
  25. 3D
  26. Capan
  27. Perspektif
  28. Komposisi
  29. Grid
  30. Tiruan

Tuesday, October 21, 2014

CIRI-CIRI GELARAN - KETURUNAN

ASSSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA

Hari ini saya akan membincangkan tentang ciri-ciri Gelaran keturunan, Gelaran anugerah dan Gelaran ikhtisas:

CIRI-CIRI GELARAN KETURUNAN:

KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak dan Selangor
2. Tunku / Ungku = Johor dan Kedah
3. Tengku / Engku = Kelantan, Pahang, Terengganu
4. Tuanku = Negeri Sembilan
5. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei 

KETURUNAN ORANG BESAR-BESAR

1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3. Awangku, Dayang = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6. Tan = Kedah
7. Tuan = Terengganu
8. Wan = Kelantan dan Terengganu

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed
2. Syarifah

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis

CIRI-CIRI GELARAN - ANUGERAH

Gelaran Kurniaan:


Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)

Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.

Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.

CIRI-CIRI GELARAN - IKHTISAS

CIRI-CIRI GELARAN IKHTISAS:

PROFESOR DIRAJA

1. Gelaran untuk profesor lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik

PROFESOR EMERITUS

1. Profesor yang sudah bersara
2. Masih mengekalkan gelaran itu sebagai penghormatan

PROFESOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademik

PROFESOR MADYA

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Taraf akademik satu tingkat di bawah profesor

DOKTOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Untuk mereka yang berkelulusan Doktor Falsafah
3. Untuk doktor dalam bidang perubatan, pembedahan, pergigian, veterinar
4. Untuk penerima Doktor Kehormat

CIKGU

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Orang yang menjadi guru (pendidik)

USTAZ/USTAZAH

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Guru agama Islam