ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Hari ni hari keempat untuk peperiksaan akhir semester 1. Pada pagi kami menjawab kertas soalan Kimia. Kimia agak susah dan agak mengelirukan. Pada tengahari pula kami pergi ke Makmal Bahasa untuk menyiapkan jurnal harian BM. Selepas itu, kami makan dan terus pergi ke hadapan Dewan Serbaguna untuk pergi Solat Jumaat di Masjid UKM. Exam pada petang tadi adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Exam kali ni mula pada pukul 3 petang. Pada mulanya, kami jangka exam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu susah, tapi apabila sudah membaca soalan, ia agak senang dan mudah. Itu sahaja dari saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sanggup membaca blog yang bosan ini hingga ke akhirnya.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment