Tuesday, January 12, 2016

RE-ORIENTASI PELAJAR LAMA

 Program Re-orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara

BANGI, 5 Januari - Pelajar Kolej PERMATApintar telah pulang ke kolej mereka untuk sesi 2016. Pelajar lama telah mengikuti Program Re-orientasi Pelajar Lama di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Program itu dijalankan selama satu hari bermula 8.30 pagi 5 Januari hingga 11.00 malam 5 Januari. 

Program ini dijalankan untuk memberi taklimat kepada pelajar-pelajar lama. Taklimat yang disampaikan adalah untuk mengingatkan semula pelajar-pelajar lama tentang peraturan-peraturan sekolah, aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun ini, pengurusan diri dan perkara-perkara yang perlu diingatkan. Program ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri untuk menerima kedatangan pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar pada 18 Januari 2016.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah mengenai "Right Mindset" dan "Vision-Mission KPpN". Program diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik, Puan Siti Aishah. Beliau menyentuh tentang kurikulum Kolej PERMATApintar Negara, kehadiran Pengajaran dan Pembelajaran. Kemudian program diteruskan dengan ucapan dari pihak kaunseling. Pada petang hari, Cikgu Mior memberitahu tentang sistem ko-kurikulum PERMATApintar.

Program disambung pada pukul 9.00 malam. Cikgu Fadzil dan barisan felo yang lain menerangkan semula peraturan-peraturan di asmara. Program tamat pada pukul 11.00 malam. Semua pelajar pulang ke asrama untuk berehat.

No comments:

Post a Comment