Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Tujuan pengubahsuaian ini adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
D.S. Najib membandingkan scenario ekonomi negara etika negara megalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998. Pada masa itu, pekerja diberhentikan secara mendadak, rizab antarabangsa menyusut, inflasi meningkat dan hatta indeks pasaran saham jatuh menjunam. Negara juga telah mengalami kegawatan ekonomi ada tahun 2008 hingga 2009. Namun, hasil daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan, pertumbuhan ekonomi negara terus ampuh dan kadar inflasi terkawal. Pada tahun ini, pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan dan perdagangan dunia dijangka menyusut. Negara-negara lain juga turut menerima kesan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.
Menyedari hakikat ini, D.S Najib, bersama-sama Jemaah menteri mengambil langkah untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan angkah-langkah pengubahsuaian terhadap bajet 2016. Beliau menyatakan bahawa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi, mahupun technical recession. Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
Oleh itu, beliau mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian, yang bertujuan untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara, kekal berada pada jajaran yang betul. Antara salah satu penstrukturan dan pengubahsuaian yang dikemukakan ialah Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 – Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal. Penambahbaikan yang berkaitan adalah mengenai pembangunan fasiliti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan, kakitangan atau penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan GST dan sektor pelancongan.
Antara penambahbaikan lain-lain yang dinyatakan ialah rancangan pembinaan 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia, kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam, Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan dan dinikmati oleh rakyat dan akhir sekali elancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
Kesemua langkah yang dibentangkan dijangka dapat menjimatkan sehingga 9 bilion ringgit perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Beliau juga menegaskan bahawa sesebuah negara maju bukan sahaja kerana dasar-dasar yang betul dan baik, tetapi juga kerana sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat.
Kesimpulannya, dalam hidup dan kehidupan dan dalam negara serta berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan. Kita harus berfikiran bahawa realitinya kita masih berada dalam keadaan yang stabil dengan pertumbuhan yang kukuh, sekaligus mampu bertahan lagi kekal terus berdaya saing.
No comments:
Post a Comment