Tuesday, April 22, 2014

HARI AGAK BOSAN (22/4/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Hari ni agak bosan kerana ramai “instructor” tiada di kelas. Di antara mereka tidak ada kerana mesyuarat dan yang lain kerana sibuk dengan hal masing-masing. Waktu makan tengahari di Dewan Makan, hampir semua pelajar lelaki Foundation 1 makan di meja yang sama, sambil berbual-bual tentang suatu kejadian yang sering diperkatakan tika itu. Ceritanya begini, Ahad sebelum itu, “Entrepreneurship Day” telah berlangsung dengan jayanya. Antara satu tarikan yang menarik sewaktu itu adalah Rumah Hantu. Ramai yang telah masuk ke dalam itu. Tapi malangnya, saya tak berpeluang. Mengikut penceritaan pihak lain, di dalam Rumah Hantu itu, mereka ada terlihat seakan-akan seorang budak lelaki kecil yang hanya berdiri di hadapan almari. Mereka menganggap itu mungkin hanyalah satu penyamaran. Namun, selepas berakhirnya hari itu, ada beberapa pelajar berbual-bual dengan pihak yang menguruskan Rumah Hantu itu. Tapi, apa yang mengejutkan, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Rumah Hantu itu telah menafikan yang mereka ada rancang untuk menyamar ataupun meletakkan sebuah patung berupa seorang budak lelaki. Haaa seram tak?

No comments:

Post a Comment