ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Hari Jumaat menandakan bahawa makanan sedap sedang menanti kami untuk dimakan. Ia juga menandakan makanan tersebut akan habis dengan cepat. Hehe… Hari ni sangat istimewa kepada kami penghuni QUAD P kerana makanan tengahari yang sedap dan boleh rehat selepas Solat Jumaat (kecuali Level 2 yang ada kelas). Selalunya kami disajikan dengan Chicken Chop tetapi hari ni lain. Hari ni kami disajikan dengan sesuatu yang berbeza iaitu Nasi Ayam. Saya makan dengan penuh berselera. Pada waktu malam pula, kami ada satu perjumpaan yang melibatkan AJK Hari Guru (termasuklah saya sendiri). Saya rasa itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment