ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Pagi tadi, saya bangun awal dan turun solat Subuh sekali lagi. Selepas habis solat Subuh saya sambung tidur di dalam bilik. Sebelum tidur saya sudah menetapkan "alarm" pada pukul 7:20 kerana saya akan pergi ke Padang UKM untuk latihan memanah. Akan tetapi, apabila saya bangun jam sudah menunjukkan pukul 7:40 jadi saya bergegas ke bilik air untuk mandi dan terus mandi. Selepas mandi, saya baru perasan yang "roommate", Abang Izzat masih ada dalam bilik. "Kenapa abang ada kat sini lagi, bukan abang kena pergi Sungai Besi untuk latihan berkuda", saya tanya dengan rasa ingin tahu. "Abang tertinggal bas sebab abang panggil orang yang lambat. Pemandu bas tu tak tahu nak sabar, dia dah marah sebab pelajar lambat. Lepas tu, terus dia pergi", jawab Abang Izzat deng nada yang sedih. Selepas itu, saya bersiap dan terus pergi ke hadapan Dewan Serbaguna di mana kawasan ahli kelab memanah berkumpul. Saya lihat masih ramai orang di situ tetapi saya tidak nampak Zuhdi dan Izzudin, jadi saya pun balik ke kolej untuk panggil mereka. Semasa saya mahu kejutkan mereka, saya lihat mereka masih tidur, jadi saya pun kejutkan mereka. Selepas bersiap, kami pergi ke hadapan Dewan Serbaguna untuk pergi latihan memanah, alangkah terkejutnya saya apabila melihat tempat itu kosong bagaikan tiada orang pernah ke situ. Apa lagi nak buat kan, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment