Ini adalah ‘post’ saya yang pertama dalam blog ini, harap anda terhibur dengan ‘post’ saya ini.
Pada hari Ahad yang lalu, pelajar-pelajar PERMATApintar telah dibenarkan untuk bersiar-siar di bandar atau dikenali sebagai ‘Outing’. Pada hujung minggu, saya selalunya tidur selepas solat subuh dan bangun semula antara pukul 10:00 hingga 10:30 pagi, tetapi hari itu saya telah bangun awal pada 7:30 pagi untuk ‘outing’ bersama ibu bapa saya. Saya pergi ke Melaka untuk ke kenduri saudara saya. Sebelum tiba di sana, kami berehat dan sarapan pagi di Kawasan Rehat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan. Kami membeli minuman ‘Cool Blog’ sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Sepanjang perjalanan saya tidur sahaja, sesudah saya bangun kami telah tiba di Melaka. Semasa itu saya sungguh lapar dan dahaga. Kami makan tengahari di meja ‘Makan Beradab’ bersama pengantin. Sebelum kami pulang, kami bergambar dengan pasangan pengantin di pelamin mereka. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di Tesco untuk membeli barangan saya. Selepas kami habis berbelanja, kami pulang ke UKM, Bangi untuk menghantar saya di Pusat PERMATApintar Negara. Saya rasa cukup sampai di sini sahaja perkongsian tentang ‘outing’ minggu ini. Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment