Monday, April 14, 2014

JOURNAL HARI INI (14/4/2014)

Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Pada hari ini, saya disuruh oleh cikgu Bahasa Melayu saya, Cikgu Mior untuk membuat sebuah blog sendiri. Pada mulanya, saya tidak tahu bagaimana mahu membuat blog tetapi selepas diberitahu oleh cikgu baru saya tahu bagaimana mahu membuat blog ini. Pada hari ini jugalah saya belajar bagaimana mahu membuat “Lab Report” dalam subjek Fizik dan Kimia. Sebenarnya saya dah tahu bagaimana nak buat “Lab Report” dalam subjek Biologi. Setiap petang juga saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk bermain ping-pong termasuk hari ini tetapi semalam tidak kerana saya balik ke PERMATApintar lewat sedikit kerana saya pergi “outing” ke Melaka. Saya rasa itu je kot yang saya nak kongsi. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment