KUCING BERDURI KOTA & 8 1 0 0 A GHANI ABDULLAH
Sinopsis:
Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0’ ini mengisahkan tentang Zic 9295, seorang pemerintah Israel yang zalim, syaitan bertopengkan manusia, yang diibaratkan sebagai yang kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.
Zic 9295 sedar akan kesalahannya, tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnya. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.
Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba menangkis segala tuduhan terhdapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.
Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.
TEMA:
Keadilan mesti ditegakkan selepas segala kekejaman yang dilakukan Zic 9295 ke atas etnik 8100.
PERSOALAN:
1. Persoalan ketaatan pada agama.
Contoh:Etnik 8100 beragama Islam. Mereka mengagungkan kebaikan dan melarang permusuhan. Mereka bersolat berzakat. Mereka percaya Nabi Muhammad saw itu Rasul utusan Allah.2. Persoalan hasad dengki yang telah menguasai diri.
Contoh:“8100 tak perlu merdeka. Kami perlu perkosa merdeka mereka.” Alasan Zic 9295 yang mahu merosakkan roh pegangan etnik 8100.3. Persoalan takut akan pembalasan di atas perbuatannya.
Contoh:
”Dalam bayangan dirinya, roh 8100 datang menikam tubuhnya”.
WATAK & PERWATAKAN:
Zic 9295:
Seorang pemerintah yang kejam, kucing berduri kota, membunuh tanpa sebab.
Etnik 8100:
Golongan yang ditindas, mengharapkan kemerdekaan, cekal menghadapi dugaan.
PLOT:
Permulaan:
Zic 9295 bermonolog bersendirian. Macam-macam kemungkinan yang mengganggu gelodak jiwanya. Kebimbangan mula muncul di dalam dirinya. Dia risau sekiranya dia akan tertangkap disebabkan tindakan kejamnya ke atas etnik 8100.
Perkembangan:
Ada kalanya dia sedar akan kesalahannya menindas etnik 8100 yang sangat dibencinya, namun dia cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia bersedia dengan perlbagai kenyataan palsu yang akan membantunya menangkis segala tuduhan yang bakal dilontarkan kepadanya bila-bila sahaja.
Klimaks:
Dia tekad untuk meneruskan kekejamannya terhadap etnik 8100. Di dalam banyangannya, Zic 9295 berlawan hujah dengan hakim. Dia mampu memutarbelitkan segala fakta yang menunjukkan kezalimannya terhadap etnik 8100. Dia bijak menyelamatkan diri.
Peleraian:
Polis antarabangsa datang menangkapnya. Zic 9295 dhadapkan ke muka pengadilan. Dia dihukum untuk setiap tindakan kejamnya ke atas etnik 8100. Ini tentunya menjadi pengajaran kepada pemimpin dunia lain.
TEKNIK PLOT:
Imbas kembali:“Terlepaskah aku atau tertangkapkah aku? Aku adalah kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa.” Cik-cok gelodak jiwanya.Kejutan:Ketika itulah datang polis antarabangsa menangkapnya. Dia perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Dia perlu ke mahkamah Jenayah Antarabangsa.
LATAR:
Latar tempat: “Zic 9295 dalam rumah di ruang tamu.”
Latar Masa: “Malam makin menggigit. Tengah malam sudah berlalu
hampir dua jam”
SUDUT PANDANGAN:
Sudut pandangan orang ketiga terbatas
NILAI:
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
PENGAJARAN:
Jadilah seorang pemimpin yang bersifat rakyat, yang berupaya mengekalkan kebebasan dan keamanan.
No comments:
Post a Comment