ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Malam semalam saya tengok movie di bilik Harith Eidlan. Lepas tu saya tidur kat sana dalam pukul 1:30 pagi kot. Pagi tadi saya bangun apabila dikejutkan oleh Abang Amirul Ruzainy aka Abang Aru, Presiden Majlis Tertinggi Kolej pada pukul 8:30 pagi. Abang Aru kejutkan kami untuk mengingatkan kami supaya berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna untuk pergi ke Kolej Za'ba.
Semasa menunggu di Dewan Serbaguna kami disuruh untuk memilih roommate sendiri. Saya dengan Amer, Zuhdi dengan Harith dan Aqil dengan Mursyid. Tapi kami tetap tidur di bilik yang sama iaitu di bilik Zuhdi dan Harith. Saya dan Amer membawa tilam kami dari bilik kami ke bilik Zuhdi. Bukannya jauh pun selang 6 bilik je pun.
Petang itu, selepas solat Zohor saya dan 5 orang tadi becadang untuk outing tetapi tidak jadi kerana hujan yang lebat. Selepas itu, saya diajak oleh Abang Kasdi, Abang Idrus dan Abang Amirul Izani untuk outing bersama-sama dengan mereka. Saya pun bersetujulah sebab bukan selalu dapat keluar dengan senior kan. Kami pergi ke Metro Kajang untuk membeli barangan keperluan. Saya ikut mereka sebab mahu membeli alat tulis yang sudah banyak hilang. Sebelum balik saya makan bersama mereka, saya makan nasi goreng kampung, sedap jugak la.
Apabila sudah pulang ke Kolej Za'ba saya mahu masuk ke bilik Zauhdi dan Harith tetapi dikunci, saya mencari mereka tetapi tidak jumpa. Lepas tu saya pun duduk kat bilik Abang Kasdi untuk sementara waktu. Saya baru tahu yang mereka bermain futsal.
Malam tu lepas Solat Isya', kami ingatkan mahu menyambung membuat novel tapi abang senior telah mengajak kami bermain futsal. bukan selalu dapat main dengan senior kan. Kumpulan kami kebanyakannya Foundation 1. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang kuat. Kami telah seri sebanyak 4 kali dan perlawanan selebihnya kami telah kalah. Kami kumpulan paling bersih kerana tidak pernah menang walaupun satu perlawanan.
Sampai bilik je dah pukul 12.15 malam, baru nak start buat novel. Saya, Aqil, Murysid, Hartih, Amer, Zuhdi, semua buat novel, tapi tak ada sorang pun yang siap. Last-last pukul 2 pagi, semua dah tertidur.
Sampai di sini sahaja ingin saya kongsikan mengenai pengelaman di Za'ba. Za'ba memang awesome!
No comments:
Post a Comment