Thursday, May 1, 2014

"EXPLORACE" KOLEJ (1/5/2014)


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu iaitu 1 Mei dan juga bersamaan 1 Rejab dalam kalendar Hijriah. Hari ni ada explorace kolej. Saya mendapat Kumpulan 6 bersama Abang Afieq (Level 2), Abang Amir Arsyad (Level 2) dan juga ketua kumpulan kami Abang Abdul Ghani (Level 1). Mula-mula diberi briefing oleh Abang Amirul Ruzainy, Pengerusi MTK. Setiap kumpulan diberi satu kod dan harus pecahkan kod itu untuk mengetahui checkpoint 1 yang perlu pergi. Checkpoint pertama kumpulan kami ialah di Blok Asrama Lelaki. Di situ kami perlu meminum air susu garam yang dicampurkan dengan peria. Kemudian kami pergi ke checkpoint seterusnya hinggalah tiba di checkpoint 9 yang di kawal oleh Abang Nukman dan Kak Fatimah Zahrah. Di sana kami perlu makan telur mentah dengan bahan-bahan yang telah diberikan. Untuk memilih ramuan tersebut kami perlu mencari kertas yang disorokkan di kawasan hadapan kafeteria. Kumpulan saya mendapat telur yang dicampur dengan sos tiram dan lada putih. Pada mulanya saya rasa geli nak makan telur tu, tapi semua kena makan sekurang-kurangnya setitik. Apabila sudah makan, saya rasa lain macam, saya rasa telur tu sangat sedap. Tetapi saya telah memilih untuk makan setitik. Akhirnya yang habiskan telur tu adalah Abang Afieq dan Abang Amir Arsyad. Saya rasa checkpoint tu paling best diantara semua checkpoint.
Terima kasih kerana sanggup membaca jurnal yang bosan ini hingga ke akhirnya.,

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment