Friday, May 2, 2014

KEMPEN RUBBISH 'O' (2/5/2014)


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni hari Jumaat mestilah kena pergi Solat Jumaat kan. Selepas Solat Jumaat saya bercadang untuk membuat assignment yang diberi tetapi tiba-tiba rasa mengantuk pula jadi saya tidur je lepas balik Solat Jumaat. Bangun-bangun nampak Abang Nukman kat tepi, lepas tu saya tanya dah pukul berapa. Dia jawab dah pukul 6, jadi saya cepat-cepat bangun dan pergi ambil wudhu' kerana saya belum Solat Asar lagi dan perlu berkumpul di Dewan Serbaguna pada pukul 5 petang. Apabila saya balik ke bilik saya Abang Nukman ketawakan saya, jadi saya lihat jam di phone saya. Sebenarnya baru pukul 4:20 petang. Selepas itu kami pergi ke Surau. Pada pukul 5 saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk Kempen Rubbish 'O'. Kelas 1K2 mendapat kawasan Blok Makmal Fasa 1 untuk dibersihkan. Ahli MTK yang memantau kami ialah Abang Aizat dari kelas 5K2 juga. Setelah selesai, kami bertanya "Abang boleh menang ke ni?". "Ada harapan nak menang," jawab Abang Aizat. Kami gembira. 
Saya tahu jurnal saya sudah mula bosan tetapi terima kasih kerana sanggup baca sampai ke akhirnya.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment