Tuesday, October 28, 2014

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Mohamad Aizuddin bin Ismail
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.


Dato’ Seri Mursyid bin Zafri
No. 37, Jalan Sahabat 3/11,
Taman Keluarga Bahagia 2,
45500 Kuala Selangor,
Selangor.                                                                                   28 OKTOBER 2014

Dato’ Seri
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERMATA DI ANGKASA
            Dengan hormat merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Pusat PERMATApintar Negara akan mengadakan Majlis Perasmian PERMATA di Angkasa. Justeru, pihak Pusat PERMATApintar Negara dengan sukacitanya menjemput Dato’ Seri ke program tersebut.
2.         Butiran program adalah seperti berikut:
            Tarikh             : 22 NOVEMBER 2014
            Masa               : 9 Pagi – 5 Petang
            Tempat            : Pusat PERMATApintar Negara

Kerjasama Dato’ Seri untuk menghadirkan diri ke majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.





MOHAMAD AIZUDDIN BIN ISMAIL
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.

No comments:

Post a Comment