Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya belajar bermain ping-pong dengan baik, tetapi itu cerita petang, cerita pagi belum beritahu lagi. Pada pagi tadi, saya bersama rakan sekelas saya yang lain belajar perkara yang baru iaitu membuat “graph” dalam subjek Kimia. Sebenarnya kami sudah tahu bagaimana nak buat “graph”, tetapi “graph” yang kami buat salah. Cikgu Kimia kami sangat baik dan memberi kami kerja rumah yang bagus. Semasa subjek Pendidikan Agama Islam, kami disuruh untuk tunggu di perpustakaan dan mengulang kaji hadith-hadith yang diberi. kami disuruh membaca hadith-hadith kerana kami ada ‘oral test’. Ada diantara kami yang ‘selamber’ je macam saudara ini
Dia ni selalu ‘selamber’.
Pada sebelah petang, kami bermain ping-pong secara beregu. Saya bermain bersama Shamil (rakan sekelas saya). Pada perlawanan pertama, kami tewas dengan gandingan Mursyid dan Aqil. Pada perlawana kedua kami hampir menag tetapi gandingan Zuhdi dan Syed tewaskan kami pada “set” kedua selepas kami menang “set” pertama. Pada “set” ketiga, kami menag tipis dengan mata 11-9. Ini kali pertama saya menang dalam perlawanan beregu. Kami, foundation 1 sangat seronok belajar dan tinggal di sini kerana cikgu-cikgu di sini sangat baik dan sangat sabar. Selain itu juga, kami boleh bermain sukan seperti ping-pong dan badminton setiap hari pada waktu petang. Sekian itu sahaja yang saya mahu kongsikan, terima kasih.
No comments:
Post a Comment