ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SELAMAT PAGI DAN SALAM SATU MALAYSIA...
Pada hari ini, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang muslim yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini. aku memulakan kehidupanku hari ini dengan dikejutkan oleh sahabatku pada pukul 4.30 pagi. aku mahu menunggu dahulu sahur supaya dapat pahala sunat.
Aku mula bangun pada pukul 5.00 pagi dan terus pergi ke dewan makan. Selepas itu, aku pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu subuh berjemaah. Aku terus pergi ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas. Aku sampai ke perhimpunan tepat pada masanya hari ini. Selepas itu, aku dan rakan sekelas yang lain pergi ke kelas pertama kami iaitu kelas bahasa melayu, kelas yangaku sedang duduki pada waktu ini. Sepatutnya sampai pukul 9.00 pagi je tapi terdrag sikit. Lepas ni nak pergi kelas kedua iaitu kelas Pendidikan Islam.
Itu sahaja yang aku mahu kongsikan kali ini... bye.. nak pergi kelas PI..
Tsusch... Bye in Germany...
Wednesday, June 17, 2015
Tuesday, October 28, 2014
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI
Mohamad Aizuddin bin Ismail
Pengarah Pusat
PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor
Malaysia.
Dato’ Seri Mursyid bin Zafri
No.
37, Jalan Sahabat 3/11,
Taman
Keluarga Bahagia 2,
45500
Kuala Selangor,
Selangor. 28
OKTOBER 2014
Dato’ Seri
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERMATA DI
ANGKASA
Dengan hormat merujuk perkara di
atas, adalah dimaklumkan Pusat PERMATApintar Negara akan mengadakan Majlis
Perasmian PERMATA di Angkasa. Justeru, pihak Pusat PERMATApintar Negara dengan
sukacitanya menjemput Dato’ Seri ke program tersebut.
2. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 NOVEMBER 2014
Masa : 9 Pagi – 5 Petang
Tempat : Pusat PERMATApintar Negara
Kerjasama Dato’ Seri untuk menghadirkan
diri ke majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. Sekian.
MOHAMAD
AIZUDDIN BIN ISMAIL
Pengarah
Pusat PERMATApintar Negara
Universiti
Kebangsaan Malaysia
43600
Bangi, Selangor
Malaysia.
Monday, October 27, 2014
UNGKAPAN YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMARAHAN PENDENGAR
1.Berikan 10 ungkapan yang tidak bertata susila yang boleh mendatangkan kemarahan kepada pendengar.
1.Woi budak, kau datang sini jap?
2.Woi, ko belikan aku air guna duit kau.
3.Jalan cepat sikit boleh tak, lembap?
4.Terhegeh-hegeh, macam siput.
5.Aku suruh kau beli air sirap, kau beli air kosong, bodoh gila kau.
6.Wei, kenapa kau bodoh sangat?
7.Aku tanya ni, jawablah bodoh.
8.Dah, dah, sebelum aku bantai kau, lebih baik kau blah dari sini.
9.Kau blah sekarang.
10.Malas betul aku nak layan budak lembap macam kau ni.
2.Apakah kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa melayu?
Menimbulkan perasaan hormat terhadap rakan
Melambangkan warisan bangsa
Mewujudkan masyarakat yang harmoni
Mewujudkan kerjasama di antara masyarakat sekita kita
Melambangkan pertuturan yang indah dan sopan
1.Woi budak, kau datang sini jap?
2.Woi, ko belikan aku air guna duit kau.
3.Jalan cepat sikit boleh tak, lembap?
4.Terhegeh-hegeh, macam siput.
5.Aku suruh kau beli air sirap, kau beli air kosong, bodoh gila kau.
6.Wei, kenapa kau bodoh sangat?
7.Aku tanya ni, jawablah bodoh.
8.Dah, dah, sebelum aku bantai kau, lebih baik kau blah dari sini.
9.Kau blah sekarang.
10.Malas betul aku nak layan budak lembap macam kau ni.
2.Apakah kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa melayu?
Menimbulkan perasaan hormat terhadap rakan
Melambangkan warisan bangsa
Mewujudkan masyarakat yang harmoni
Mewujudkan kerjasama di antara masyarakat sekita kita
Melambangkan pertuturan yang indah dan sopan
ISTILAH LARAS BAHASA
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa matematik:
- Tambah
- Tolak
- Darab
- Bahagi
- Garis selari
- pentagon
- hexagon
- polygon
- solid geometry
- kiub
- piramid
- sfera
- silinder
- kon
- perpuluhan
- pecahan
- kuasa 2
- kuasa 3
- kuboid
- heptagon
- octagon
- nonagon
- decagon
- hendecagon
- dodecagon
- pi
- graf
- carta
- teorem pythagoras
- punca kuasa
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sains:
- komet
- khatulistiwa
- orbit
- paksi
- keperluan asas
- pemboleh ubah
- proses hidup
- planet
- atmosfera
- graviti
- fotosintesis
- pembiakan
- botani
- jisim
- pecutan
- had laju
- mikroorganisma
- virus
- bakteria
- sel darah merah
- sel darah putih
- sel tumbuhan
- sel haiwan
- kuasa
- tenaga
- inertia
- biojisim
- arang
- anak bulan
- angkasa
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa agama:
- halal
- haram
- syubhah
- makruh
- harus
- sunat
- solat
- puasa
- al-quran
- hadith
- haji
- umrah
- hadas
- ulama'
- wudhu'
- zikir
- zalim
- tayammum
- tafsir
- tauhid
- feqah
- syirik
- muslim
- hijrah
- hilal
- ihsan
- jahilliyah
- umat
- wali
- rasul
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sastera:
- Adegan
- Kata Pujangga
- Alegori
- Aliterasi
- Alusi
- Ambiguiti
- Anafora
- Antagonis
- Antologi
- Asonansi
- Bombastik
- Cereka
- Cerpen
- Drama
- Citra budaya
- Dialog
- Diksi
- Epifora
- Epilog
- Episod
- Genre
- Hyperbola
- Inversi
- Kronologi
- Metafora
- Monolog
- Novel
- Paradoks
- Peribahasa
- Plot
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa seni
- Garisan
- Stensilan
- Lukisan
- Catan
- Montaj
- Motif
- Gurisan
- Tekapan
- Kolaj
- Cetakan
- Lipatan
- Guntingan
- Boneka
- Batik
- Topeng
- Arca
- Assemblaj
- Anyaman
- Mozek
- Mobail
- Stabail
- Ukiran
- Kaligrafi
- 2D
- 3D
- Capan
- Perspektif
- Komposisi
- Grid
- Tiruan
Tuesday, October 21, 2014
CIRI-CIRI GELARAN - KETURUNAN
ASSSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA
Hari ini saya akan membincangkan tentang ciri-ciri Gelaran keturunan, Gelaran anugerah dan Gelaran ikhtisas:
CIRI-CIRI GELARAN KETURUNAN:
Hari ini saya akan membincangkan tentang ciri-ciri Gelaran keturunan, Gelaran anugerah dan Gelaran ikhtisas:
CIRI-CIRI GELARAN KETURUNAN:
KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH
1. Raja = Perak dan Selangor
2. Tunku / Ungku = Johor dan Kedah
3. Tengku / Engku = Kelantan, Pahang, Terengganu
4. Tuanku = Negeri Sembilan
5. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei
KETURUNAN ORANG BESAR-BESAR
1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3. Awangku, Dayang = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6. Tan = Kedah
7. Tuan = Terengganu
8. Wan = Kelantan dan Terengganu
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW
1. Syed
2. Syarifah
KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA
1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis
CIRI-CIRI GELARAN - ANUGERAH
Gelaran Kurniaan:
Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)
Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.
Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.
Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)
Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.
CIRI-CIRI GELARAN - IKHTISAS
CIRI-CIRI GELARAN IKHTISAS:
PROFESOR DIRAJA
1. Gelaran untuk profesor lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik
PROFESOR EMERITUS
1. Profesor yang sudah bersara
2. Masih mengekalkan gelaran itu sebagai penghormatan
PROFESOR
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademik
PROFESOR MADYA
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Taraf akademik satu tingkat di bawah profesor
DOKTOR
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Untuk mereka yang berkelulusan Doktor Falsafah
3. Untuk doktor dalam bidang perubatan, pembedahan, pergigian, veterinar
4. Untuk penerima Doktor Kehormat
CIKGU
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Orang yang menjadi guru (pendidik)
USTAZ/USTAZAH
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Guru agama Islam
PROFESOR DIRAJA
1. Gelaran untuk profesor lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik
PROFESOR EMERITUS
1. Profesor yang sudah bersara
2. Masih mengekalkan gelaran itu sebagai penghormatan
PROFESOR
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademik
PROFESOR MADYA
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Taraf akademik satu tingkat di bawah profesor
DOKTOR
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Untuk mereka yang berkelulusan Doktor Falsafah
3. Untuk doktor dalam bidang perubatan, pembedahan, pergigian, veterinar
4. Untuk penerima Doktor Kehormat
CIKGU
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Orang yang menjadi guru (pendidik)
USTAZ/USTAZAH
1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Guru agama Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)