Monday, February 15, 2016

Karangan Bajet 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Tujuan pengubahsuaian ini adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

D.S. Najib membandingkan scenario ekonomi negara etika negara megalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998. Pada masa itu, pekerja diberhentikan secara mendadak, rizab antarabangsa menyusut, inflasi meningkat dan hatta indeks pasaran saham jatuh menjunam. Negara juga telah mengalami kegawatan ekonomi ada tahun 2008 hingga 2009.  Namun, hasil daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan, pertumbuhan ekonomi negara terus ampuh dan kadar inflasi terkawal. Pada tahun ini, pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan dan perdagangan dunia dijangka menyusut. Negara-negara lain juga turut menerima kesan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

 Menyedari hakikat ini, D.S Najib, bersama-sama Jemaah menteri mengambil langkah untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan angkah-langkah pengubahsuaian terhadap bajet 2016. Beliau menyatakan bahawa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi, mahupun technical recession. Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Oleh itu, beliau mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian, yang bertujuan untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara, kekal berada pada jajaran yang betul. Antara salah satu penstrukturan dan pengubahsuaian yang dikemukakan ialah Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 – Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal. Penambahbaikan yang berkaitan adalah mengenai pembangunan fasiliti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan, kakitangan atau penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan GST dan sektor pelancongan.

Antara penambahbaikan lain-lain yang dinyatakan ialah rancangan pembinaan 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia, kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam, Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan dan dinikmati oleh rakyat dan akhir sekali elancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.

Kesemua langkah yang dibentangkan dijangka dapat menjimatkan sehingga 9 bilion ringgit perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Beliau juga menegaskan bahawa sesebuah negara maju bukan sahaja kerana dasar-dasar yang betul dan baik, tetapi juga kerana sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat.

Kesimpulannya, dalam hidup dan kehidupan dan dalam negara serta berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan. Kita harus berfikiran bahawa realitinya kita masih berada dalam keadaan yang stabil dengan pertumbuhan yang kukuh, sekaligus mampu bertahan lagi kekal terus berdaya saing.

10 Gaya Bahasa Dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016

(Asonansi)
"Saudara-saudari serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,"

(Aliterasi)
"Keempat: Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit;"

(Peribahasa)
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup, langit pula tidak selalunya cerah."

(Pengulangan)
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup"

(Pengulangan)
"........., berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, ........."

(Anafora)
"........., pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan."

(Anafora)
".........., sekali air bah, sekali pantai berubah."

(Hibrid)
"Disebut orang sejak dahulukala, ........"

(Diksi)
"Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, ......."

(Bahasa Arab)
"We have done it before, Insya-Allah, we can do it again."

(Bahasa Arab)
"Bahawa, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal, seperti yang didakwa dan dituduh-tuduhkan, jauh sekali menjadi bankrap. Nauzubillah.."

Monday, January 25, 2016

Bahasa Melayu Tinggi


  • Bahasa yang digunakan semasa majlis atau program rasmi
  • Bahasa Melayu tinggi sering dikaitkan dengan bahasa persuratan
  • Istilah bahasa tinggi dapat dikatakan bukan istilah linguistik
  • Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard
  • Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial)

Monday, January 18, 2016

RUMUSAN

         Petikan membincangkan akibat kenaikan barangan keperluan harian Malaysia yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

         Kenaikan barangan keperluan harian di Malaysia menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Seterusnya, tanggungan keluarga pengguna bertambah berat. Selain itu, boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat. Kesan seterusnya, peniaga memanipulasi perniagaan dengan sendiri. Di samping itu, pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Seterusnya, kuasa pembeli bertambah kecil. Akhir sekali, kegawatan ekonomi mungkin menjadi lebih teruk kerana kerajaan tidak dapat mengawalnya.

          Langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini ialah kerajaan perlu memperbanyakkan kumpulan barangan kawalan. Di samping itu, kerajaan perlu mengenakan tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

          Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.

Tuesday, January 12, 2016

RE-ORIENTASI PELAJAR LAMA

 Program Re-orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara

BANGI, 5 Januari - Pelajar Kolej PERMATApintar telah pulang ke kolej mereka untuk sesi 2016. Pelajar lama telah mengikuti Program Re-orientasi Pelajar Lama di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Program itu dijalankan selama satu hari bermula 8.30 pagi 5 Januari hingga 11.00 malam 5 Januari. 

Program ini dijalankan untuk memberi taklimat kepada pelajar-pelajar lama. Taklimat yang disampaikan adalah untuk mengingatkan semula pelajar-pelajar lama tentang peraturan-peraturan sekolah, aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun ini, pengurusan diri dan perkara-perkara yang perlu diingatkan. Program ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri untuk menerima kedatangan pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar pada 18 Januari 2016.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah mengenai "Right Mindset" dan "Vision-Mission KPpN". Program diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik, Puan Siti Aishah. Beliau menyentuh tentang kurikulum Kolej PERMATApintar Negara, kehadiran Pengajaran dan Pembelajaran. Kemudian program diteruskan dengan ucapan dari pihak kaunseling. Pada petang hari, Cikgu Mior memberitahu tentang sistem ko-kurikulum PERMATApintar.

Program disambung pada pukul 9.00 malam. Cikgu Fadzil dan barisan felo yang lain menerangkan semula peraturan-peraturan di asmara. Program tamat pada pukul 11.00 malam. Semua pelajar pulang ke asrama untuk berehat.

Thursday, June 25, 2015

SEMINGGU BERPUASA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SELAMAT SEJAHTERA...

Pada hari ini, saya telah berpuasa 7 hari... Jadi hari ini adalah hari yg ke-8 berrpuasa... Hari ini saya ingin menceritakan sebuah kisah tentang Iblis Takut Dengan Orang Yang Tidur.

Kisah Islamiah hadir lagi, kali ini akan mencoba menceritakan tentang kisah pengakuan dari Iblis mengenai ibadah shalat.

Jika disuruh memilih, ternyata Iblis lebih menyukai ibadah shalat yang dilakukan orang mukmin yang bodoh daripada mengganggu tidurnya orang yang alim dan berilmu.
Pengakuan Iblis itu disampaikan kepada Rasulullah SAW.

Berikut Kisahnya...
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW hendak memasuki masjid, Beliau melihat iblis sedang berada di pintu masjid. Iblis itu tampak gusar dan ragu antara masuk masjid dan tidak.

Maka Rasulullah SAW pun bertanya,
"Wahai Iblis, apa yang sedang kamu lakukan di sini?" tanya Rasulullah SAW.
"Aku hendak masuk masjid dan merusak shalatnya orang itu. Tetapi aku merasa takut terhadap orang yang sedang tidur di situ," kata iblis sambil menunjuk orang yang sedang tertidur di masjid.

Rasulullah SAW bertanya lagi,

"Wahai Iblis, mengapa engkau takut terhadap orang yang sedang tidur dan tidak takut kepada orang yang sdeang shalat dan bermunajat kepada Allah?"

PENGAKUAN IBLIS.

Iblis tak dapat menyembunyikan rahasia di hadapan Rasulullah SAW, ia pun dengan gamblang menguraikan alasannya.

"Ya Rasulullah, orang yang sedang shalat tersebut adalah orang yang bodoh, ia tidak tahu syarat hukumnya shalat, tuma'ninah, dan tidak bisa shalat dengan khusyuk. 
Sedangkan orang yang sedang tidur itu adalah orang yang alim, maka jika aku merusak shalatnya orang bodoh itu, aku khawatir, dia akan membangunkan orang yang sedang tidur itu dan kemudian mengajari dan membetulkan shalatnya orang yang bodoh tadi," jelas Iblis ketakutan.

Oleh karena itu Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW juga bersabda,
"Orang tersebut telah dikencingi setan di kedua telinganya."
Hal ini disampaikan oleh Rasulullah SAW dan ditujukan bagi orang yang tidur semalam suntuk tanpa mengingat untuk shalat di malam harinya.

Sekian, Terima Kasih...

Wednesday, June 17, 2015

RAMADHAN AL-MUBARAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SELAMAT PAGI DAN SALAM SATU MALAYSIA...

Pada hari ini, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang muslim yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini. aku memulakan kehidupanku hari ini dengan dikejutkan oleh sahabatku pada pukul 4.30 pagi. aku mahu menunggu dahulu sahur supaya dapat pahala sunat.

Aku mula bangun pada pukul 5.00 pagi dan terus pergi ke dewan makan. Selepas itu, aku pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu subuh berjemaah. Aku terus pergi ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas. Aku sampai ke perhimpunan tepat pada masanya hari ini. Selepas itu, aku dan rakan sekelas yang lain pergi ke kelas pertama kami iaitu kelas bahasa melayu, kelas yangaku sedang duduki pada waktu ini. Sepatutnya sampai pukul 9.00 pagi je tapi terdrag sikit. Lepas ni nak pergi kelas kedua iaitu kelas Pendidikan Islam.

Itu sahaja yang aku mahu kongsikan kali ini... bye.. nak pergi kelas PI..

Tsusch... Bye in Germany...