Tuesday, October 28, 2014

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Mohamad Aizuddin bin Ismail
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.


Dato’ Seri Mursyid bin Zafri
No. 37, Jalan Sahabat 3/11,
Taman Keluarga Bahagia 2,
45500 Kuala Selangor,
Selangor.                                                                                   28 OKTOBER 2014

Dato’ Seri
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERMATA DI ANGKASA
            Dengan hormat merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Pusat PERMATApintar Negara akan mengadakan Majlis Perasmian PERMATA di Angkasa. Justeru, pihak Pusat PERMATApintar Negara dengan sukacitanya menjemput Dato’ Seri ke program tersebut.
2.         Butiran program adalah seperti berikut:
            Tarikh             : 22 NOVEMBER 2014
            Masa               : 9 Pagi – 5 Petang
            Tempat            : Pusat PERMATApintar Negara

Kerjasama Dato’ Seri untuk menghadirkan diri ke majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.





MOHAMAD AIZUDDIN BIN ISMAIL
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia.

Monday, October 27, 2014

UNGKAPAN YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMARAHAN PENDENGAR

1.Berikan 10 ungkapan yang tidak bertata susila yang boleh mendatangkan kemarahan kepada        pendengar.

 1.Woi budak, kau datang sini jap?
 2.Woi, ko belikan aku air guna duit kau.
 3.Jalan cepat sikit boleh tak, lembap?
 4.Terhegeh-hegeh, macam siput.
 5.Aku suruh kau beli air sirap, kau beli air kosong, bodoh gila kau.
 6.Wei, kenapa kau bodoh sangat?
 7.Aku tanya ni, jawablah bodoh.
 8.Dah, dah, sebelum aku bantai kau, lebih baik kau blah dari sini.
 9.Kau blah sekarang.
 10.Malas betul aku nak layan budak lembap macam kau ni.

2.Apakah kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa melayu?


Menimbulkan perasaan hormat terhadap rakan
Melambangkan warisan bangsa
Mewujudkan masyarakat yang harmoni
Mewujudkan kerjasama di antara masyarakat sekita kita
Melambangkan pertuturan yang indah dan sopan

ISTILAH LARAS BAHASA

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa matematik:

  1. Tambah
  2. Tolak
  3. Darab
  4. Bahagi
  5. Garis selari
  6. pentagon
  7. hexagon
  8. polygon
  9. solid geometry
  10. kiub
  11. piramid
  12. sfera
  13. silinder
  14. kon
  15. perpuluhan
  16. pecahan
  17. kuasa 2
  18. kuasa 3
  19. kuboid
  20. heptagon
  21. octagon
  22. nonagon
  23. decagon
  24. hendecagon
  25. dodecagon
  26. pi
  27. graf
  28. carta
  29. teorem pythagoras
  30. punca kuasa

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sains:
  1. komet
  2. khatulistiwa
  3. orbit
  4. paksi
  5. keperluan asas
  6. pemboleh ubah
  7. proses hidup
  8. planet
  9. atmosfera
  10. graviti
  11. fotosintesis
  12. pembiakan
  13. botani
  14. jisim
  15. pecutan
  16. had laju
  17. mikroorganisma
  18. virus
  19. bakteria
  20. sel darah merah
  21. sel darah putih
  22. sel tumbuhan
  23. sel haiwan
  24. kuasa
  25. tenaga
  26. inertia
  27. biojisim
  28. arang
  29. anak bulan
  30. angkasa
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa agama:
  1. halal
  2. haram
  3. syubhah
  4. makruh
  5. harus
  6. sunat
  7. solat
  8. puasa
  9. al-quran
  10. hadith
  11. haji
  12. umrah
  13. hadas
  14. ulama'
  15. wudhu'
  16. zikir
  17. zalim
  18. tayammum
  19. tafsir
  20. tauhid
  21. feqah
  22. syirik
  23. muslim
  24. hijrah
  25. hilal
  26. ihsan
  27. jahilliyah
  28. umat
  29. wali
  30. rasul
Istilah yang digunakan dalam laras bahasa sastera:

  1. Adegan
  2. Kata Pujangga
  3. Alegori
  4. Aliterasi
  5. Alusi
  6. Ambiguiti
  7. Anafora
  8. Antagonis
  9. Antologi
  10. Asonansi
  11. Bombastik
  12. Cereka
  13. Cerpen
  14. Drama
  15. Citra budaya
  16. Dialog
  17. Diksi
  18. Epifora
  19. Epilog
  20. Episod
  21. Genre
  22. Hyperbola
  23. Inversi
  24. Kronologi
  25. Metafora
  26. Monolog
  27. Novel
  28. Paradoks
  29. Peribahasa
  30. Plot

Istilah yang digunakan dalam laras bahasa seni
  1. Garisan
  2. Stensilan
  3. Lukisan
  4. Catan
  5. Montaj
  6. Motif
  7. Gurisan
  8. Tekapan
  9. Kolaj
  10. Cetakan
  11. Lipatan
  12. Guntingan
  13. Boneka
  14. Batik
  15. Topeng
  16. Arca
  17. Assemblaj
  18. Anyaman
  19. Mozek
  20. Mobail
  21. Stabail
  22. Ukiran
  23. Kaligrafi
  24. 2D
  25. 3D
  26. Capan
  27. Perspektif
  28. Komposisi
  29. Grid
  30. Tiruan

Tuesday, October 21, 2014

CIRI-CIRI GELARAN - KETURUNAN

ASSSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA

Hari ini saya akan membincangkan tentang ciri-ciri Gelaran keturunan, Gelaran anugerah dan Gelaran ikhtisas:

CIRI-CIRI GELARAN KETURUNAN:

KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak dan Selangor
2. Tunku / Ungku = Johor dan Kedah
3. Tengku / Engku = Kelantan, Pahang, Terengganu
4. Tuanku = Negeri Sembilan
5. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei 

KETURUNAN ORANG BESAR-BESAR

1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3. Awangku, Dayang = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6. Tan = Kedah
7. Tuan = Terengganu
8. Wan = Kelantan dan Terengganu

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed
2. Syarifah

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis

CIRI-CIRI GELARAN - ANUGERAH

Gelaran Kurniaan:


Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)

Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.

Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.

CIRI-CIRI GELARAN - IKHTISAS

CIRI-CIRI GELARAN IKHTISAS:

PROFESOR DIRAJA

1. Gelaran untuk profesor lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik

PROFESOR EMERITUS

1. Profesor yang sudah bersara
2. Masih mengekalkan gelaran itu sebagai penghormatan

PROFESOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademik

PROFESOR MADYA

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Taraf akademik satu tingkat di bawah profesor

DOKTOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Untuk mereka yang berkelulusan Doktor Falsafah
3. Untuk doktor dalam bidang perubatan, pembedahan, pergigian, veterinar
4. Untuk penerima Doktor Kehormat

CIKGU

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Orang yang menjadi guru (pendidik)

USTAZ/USTAZAH

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Guru agama Islam

Friday, May 16, 2014

"FOURTH DAY FINAL EXAM" (16/05/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni hari keempat untuk peperiksaan akhir semester 1. Pada pagi kami menjawab kertas soalan Kimia. Kimia agak susah dan agak mengelirukan. Pada tengahari pula kami pergi ke Makmal Bahasa untuk menyiapkan jurnal harian BM. Selepas itu, kami makan dan terus pergi ke hadapan Dewan Serbaguna untuk pergi Solat Jumaat di Masjid UKM. Exam pada petang tadi adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Exam kali ni mula pada pukul 3 petang. Pada mulanya, kami jangka exam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu susah, tapi apabila sudah membaca soalan, ia agak senang dan mudah. Itu sahaja dari saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sanggup membaca blog yang bosan ini hingga ke akhirnya.

Sekian, Terima Kasih.

PERANG : MAKHLUK ASING

BAB 1 : PENEMUAN MISTERI

            “Alan, kau bawa kumpulan kau ke sebelah kanan. Izzue, kau pula bawa kumpulan kau ke kiri. Kumpulan Iqal dan Zubir pula bertahan di bahagian belakang. Kumpulan aku akan bertempur di bahagian hadapan. Faham?” arah Afieq. Mereka sedang bertempur dengan askar dari Planet Xanthrone yang telah musnah angkara perbuatan segelintir manusia yang tidak bermoral. Akibat perbuatan tersebut, alien-alien tersebut telah berjanji akan membalas dendam demi planet mereka.
             Afieq merupakan seorang pekerja kilang yang berbadan sasa. Dia telah berkahwin dengan Fatimah, seorang gadis yang ayu dan sopan-santun. Dia juga mempunyai dua orang anak yang masing-masing berumur 6 tahun dan 9 tahun. Dia seorang mahasiswa UKM yang berjaya. Dia seorang anak yang amat baik dan hormati orang tua. Dia mendapat tawaran kerja dari ayahnya untuk bekerja di syarikatnya. Ibu bapanya pula seorang jutawan yang dermawan dan baik hati tetapi kurang pendidikan agama. Afieq sentiasa menasihati ibu bapanya dengan sopan tetapi masih tidak berubah apa-apa.
            5 tahun sebelum kedatangan makhluk asing tersebut,
Afieq bekerja di kilangnya seperti biasa. Dia selalu bekerja di bahagian hadapan kilang sahaja tetapi kali ini dia perlu bekerja di bahagian belakang juga. Sahabat baiknya, Amir yang selalu bekerja di belakang kilang tersebut telah masuk ke dalam hospital kerana sakit tenat. Dia ditawarkan oleh tuannya, jika dia melakukan kerja Amir dia mendapat gaji tambahan.
            “Afieq tolong saya membuang sampah-sampah itu di belakang, saya akan menambahkan gaji kamu selagi Amir masih di hospital, boleh?” tawar tuannya kepada Afieq. “Saya tiada masalah tetapi saya ada satu syarat, gaji tambahan yang saya terima itu diberikan kepada keluarga Amir,” kata Afieq. “Jika itu syaratnya saya terima dengan hati yang terbuka,” jawab tuannya. Selepas itu, Afieq pun terus pergi mengambil sampah-sampah tersebut dan membawanya ke belakang kilang.
            Semasa dia menggali lubang untuk menanam sampah-sampah tersebut, dia mendapat tahu yang dia telah menggali sebuah bungkusan yang besar dan keras. Mula-mula dia jangka bungkusan tersebut adalah seorang bayi yang baru dilahirkan. Apabila bungkusan itu diketuk, ia bukannya seorang bayi kerana bungkusan tersebut aamt besar dan keras. Dia pun mengeluarkan bungkusan tersebut dan menyorokkannya di belakang pokok yang besar. Selepas itu, dia menyambung kerjanya seperti biasa.
            Selepas dia menghabiskan kerjanya, dia pergi ke belakang kilang untuk mengambil bungkusan tersebut. Lalu dia terus pulang ke rumahnya dengan menaiki keretanya. Setelah tiba di rumahnya, dia terus menyimpan bungkusan tersebut di dalam bilik bawah tanahnya supaya tiada orang tahu apa yang dia bawa. Dia membiarkan bungkusan tersebut di dalam bilik bawah tanahnya lalu naik ke atas untuk mandi dengan muka seperti tiada apa yang berlaku.
            Keesokan harinya, dia turun ke bilik bawah tanahnya untuk melihat apa yang ada di dalam bungkusan tersebut. Dia terus mengambil bungkusan tersebut dan letakkannya di atas meja uji kajinya. Dia mendapat tahu yang bungkusan tersebut merupakan beberapa keratan besi yang berbentuk anggota badan. Rupa-rupanya barang tersebut merupakan sebuah sut perang zaman moden yang dilengkapi dengan roket di bawah telapak kakinya. Dia cuba untuk memakai sut tersebut tetapi tidak dapat dihidupkan. Selepas mencuba beberapa kali, dia sudah berputus asa untuk menghidupkan sut tersebut lalu dia meninggalkan dan menyimpan sut tersebut ke dalam stornya.
            Keesokan harinya, dia bekerja seperti biasa di kilang tempatnya bekerja. Begitu juga dengan hari-hari berikutnya. Dia tetap mahu untuk mencuba menghidupkan sut itu lagi tetapi masa tidak merestuinya. Dia masih mencari nafkah untuk keluarganya yang tidak seberapa itu.












BAB 2 : MIMPI ANEH

            Setelah beberapa bulan, Afieq teringin untuk kembali ke bilik bawah tanahnya untuk melihat sut perang tersebut. Jadi, dia pun terus turun ke bilik bawah tanahnya dan terus membuka pintu stor di situ. Dia tetap cuba untuk menghidupkan sut tersebut tetapi masih tidak berjaya. Dia teringat apa yang diajar oleh pensyarahnya semasa di UKM tentang sut perang zaman moden, jadi dia terus melakukan apa yang diajar oleh pensyarahnya. Dia sudah beberapa kali mencuba tetapi tetap tidak dapat menghidupkannya kerana sut tersebut amat canggih dan bekualiti tinggi. Kali ini, dia telah betul-betul berputus asa dan mahu membuang sut tersebut.
            “Kurang ajar punya sut, orang dah buat baik-baik tak nak hidup jugak,” keluh Afieq kerana terlalu marah. Semasa perjalanan untuk membuang sut tersebut, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dan menyebabkan dia rebah di situ. Dia hanya melihat langit yang biru di atasnya sahaja.
            Tiba-tiba Afieq terjaga, dia sudah berada di sebuah rumah yang mewah dan besar. Dia berjalan mengelilingi rumah tersebut untuk mencari jalan keluar tetapi tidak jumpa. Dia melihat seorang lelaki kacak dan berpakaian segak berjalan menghampirinya. Dia berasa gentar untuk berjumpa dengan orang tersebut.
            “Siapa kau? Aku dekat mana? Bagaimana aku boleh ada di sini?” tanya Afieq. Lelaki itu tidak menjawab pertanyaan Afieq dan terus menghampirinya. “Jawablah aku tanya ni,” kata Afieq. Lelaki itu masih tidak menjawab pertanyaan Afieq dan terus berdiri di hadapannya lalu memegang bahu Afieq. Afieq terus terdiam seperti dia bisu. Dia langsung tidak berkata-kata walaupun satu bunyi.
            “Aku tuan rumah ni. Kau dekat rumah aku. Kau yang datang rumah ni malam tadi, bersama bungkusan tersebut,” jawab lelaki tersebut dengan suara yang tiada perasaan. Afieq pun terkejut lalu dia berkata. “Bagi aku bungkusan tu, ada barang berharga di dalamnya”. “Aku tahu apa yang ada di dalamnya kerana akulah tuan kepada barang itu dahulu, tetapi sekarang ia milik kau,” jawab lelaki itu. “Aku masih tak percaya. Apa yang membuktikan kau adalah pemilik barang tersebut,” kata Afieq dengan perasaan marah. “Kau mahu aku buktikannya sekarang ke?” soal lelaki tersebut. “Lagi cepat, lagi bagus,” jawab Afieq dengan perasaan ingin tahu.
            Tiba-tiba, sut tersebut bergerak-gerak seperti mahu keluar dari bungkusan itu, lalu pembantu lelaki itu membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya Afieq apabila sut yang dia cuba untuk hidupkan itu bergerak dan pergi ke lelaki tersebut.
Serpihan-serpihan sut tersebut seperti bercantum mengelilingi lelaki itu. Lelaki itu seperti memakai sut tersebut. Selepas itu dia terbang menggunakan roket di telapak kakinya dan pergi ke arah Afieq.
            “Sekarang bagaimana, kau dah percayakan aku ke belum?” soal lelaki itu. “Bagaimana kau boleh memakai sut tersebut tanpa menyentuhnya?” tanya Afieq. “Inilah bukti aku adalah tuan kepada sut ini,” kata lelaki itu. ‘Tetapi bagaimana?”. “Inilah yang dikatakan sut perang moden,” jawab lelaki tersebut. “Mengapa aku mahu menghidupkan sut ini tetapi tidak berjaya walaupun aku telah guna semua ilmu yang aku ada? Adakah aku ini bodoh atau masih tak tau apa-apa?” tanya Afieq. “Kau tidak bodoh tetapi kau sangat bijak. Kau tidak boleh menghidupkan sut ini kerana sut ini masih tidak kenal siapa kau,” jawab lelaki itu dengan yakin.
            Apabila dia sudah tahu perkara yang sebenar, dia terus meminta lelaki itu mengajarnya mengawal sut tersebut secara masuk ke dalamnya. Dia juga meminta lelaki itu mengajarnya untuk mengawal sut tersebut dari jarak jauh.
            Ketika di dunia sebenar,
“Ayah jangan tinggalkan Asyraf dan adik ayah, kalau ayah tiada siapa yang akan menjaga kami sehingga kami besar,” raung anak Afieq. “Sudahlah  Asyraf, janganlah meraung lagi. Kita mesti redha dengan apa yang terjadi,” kata Fatimah kepada anaknya. “Asyraf takut kalau ayah tinggalkan kita, ibu,” kata Asyraf. “Jangan cakap macam tu, kita doakan keselamatan ayah agar ayah dapat sedar,” kata Fatimah kepada anaknya lagi.
            “Janganlah kita menangis kerana seseorang yang sedang sakit,” kata Ustaz Rasyid, imam Masjid Kampung Sungai Burong. “Jadi apa yang saya perlu lakukan,” tanya Fatimah. “Kita perlu redha dan mendoakan kesejahteraan Afieq supaya dia dapat sedarkan diri dalam masa yang singkat ini,” jawab Ustaz Rasyid. “Terima kasih, ustaz”. “Sama-sama,” jawab Ustaz Rasyid.







BAB 3 : MURSYID

            Setelah beberapa bulan, Afieq tetap tidak sedarkan diri di hospital. Semua masih berharap agar Afieq dapat sedarkan diri dalam jangka masa yang singkat. Afieq masih berbaring di katil hospital dalam keadaan koma. Dia seperti boneka yang tidak boleh berbuat apa-apa. Malam itu, semua rakan sekerja dan keluarganya membuat majlis tahlil dan doa selamat untuk kesihatan Afieq yang masih tidak sedarkan diri.
            “Farhan, kau sediakan barang-barang tu sebelum kita berlepas, Suhaimi, kau sediakan persiapan untuk kita berlepas, faham,” arah Mursyid, ketua menteri kepada orang-orang suruhannya. Mursyid merupakan seorang menteri yang berhasad dengki dan sangat membenci orang yang tidak percayakannya. Dia cuba untuk pergi ke Planet Xanthrone yang dia cakapkan itu. Dia mengatakan ada sebuah planet yang baru muncul di dunia ini. Semua orang tidak percaya akannya, jadi dia membenci semua orang.
            Mereka bersiap-sedia di lapangan untuk berlepas ke Planet Xanthrone untuk membuktikan yang planet tersebut memang benar-benar wujud. Dia masih tidak berpuas hati dengan orang yang tidak mempercayainya. Mereka pergi ke sana dengan membawa beberapa lagi orang suruhannya sebagai saksi yang planet itu memang wujud. Salah seorang dari orang suruhan Mursyid adalah ketua askar. Mereka menjangka yang mereka akan tiba di planet tersebut dalam masa 15 bulan.
            15 bulan kemudian,
“Mursyid, sekarang ni kita nak buat apa?” tanya Farhan. “Sekarang kau guna barang tu untuk menarik perhatian makhluk-makhluk asing di sini,” kata Mursyid. “Sekarang ni tugas aku apa pula Mursyid?” tanya Suhaimi pula. “Sekarang ni kau tinggal dekat dalam kapal dan perhatikan pergerakan makhluk asing yang akan datang nanti, faham?” jawab Mursyid sekali lagi. Semua menganggukkan kepala mereka umpama mereka faham apa yang diarahkan.
            Tiba-tiba Suhaimi ternampak sesuatu yang mencurigakan, dia terlihat beberapa ekor makhluk asing datang mendekati mereka. Dia pun memberitahu kepada Farhan dan yang lain supaya berhati-hati kerana ada beberapa ekor makhluk asing sedang mendekati mereka. Farhan terus mengambil barang yang dikatakan tadi dan memberikannya kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka sudah bersedia untuk menghadapi masalah ini. Mereka merupakan askar-askar yang terlatih.

            Setelah beberapa jam mereka bertarung, senjata rahsia yang mereka bawa telah sedia untuk digunakan. Mereka pun berpura-pura berundur tetapi sebenarnya mereka mahu menyerang makhluk-makhluk asing tersebut. Makhluk-makhluk asing tersebut berasa gembira sebentar kerana ingatkan mereka telah memenangi pertarungan tersebut. Tetapi malangnya Mursyid dan yang lain telah bersedia. Mereka hanya perlu menekan satu butang dan semua yang ada di situ akan hancur. Mereka semua menaiki kapal angkasa mereka dan terbang tetapi senjata mereka tetap menghadap Planet Xanthrone. Setelah agak jauh mereka pun memulakan kiraan untuk menekan butang penghancur tersebut. Setelah 10 saat mereka mengira, Mursyid pun menekan butang tersebut. Setelah senjata itu dilancarkan, tiba-tiba Planet Xanthrone telah lenyap dalam sekelip mata, ia seperti dibawa ke dimensi yang lain.
            Mereka yang berada di dalam kapal angkasa tersebut bersorak kegembiraan kerana rancangan mereka telah berhasil. Mereka juga mendapat bukti yang Planet Xanthrone itu memang pernah wujud tetapi telah musnah. Mereka mengatakan yang Planet Xanthrone itu telah musnah akibat sebuah meteor telah menghempas planet itu.
            “Semasa kami sampai di sana, kami terlihat sebuah meteor yang amat besar telah datang menghampiri kami. Jadi, kami pun terbang untuk pulang ke sini,” kata Mursyid semasa sidang media bersamanya tentang Planet Xanthrone. “Tapi, mengapa kami tak dapat mengesan apa-apa meteor. Tadi kamu mengatakan yang meteor itu sangat besar?” soal seorang pemberita kepada Mursyid. “Dalam perjalanan pulang, kami baru teringat yang kami mempunyai sebuah senjata yang boleh melenyapkan sesuatu benda dalam sekelip mata sahaja. Tetapi masa tu senjata tersebut masih belum tersedia lagi, jadi kami menunggu di situ. Selepas senjata tersebut telah bersedia, tiba-tiba meteor itu datang menghampiri kami, tanpa membuang masa saya pun terus menembak meteor tersebut dengan menggunakan senjata tersebut. Kami melihat meteor tersebut telah lenyap dari pandangan kami. Mungkin sebab itu kamu semua tidak dapat mengesan meteor tersebut,” jawab Mursyid dengan yakin.







BAB 4 : KEPULANGAN WIRA

            “Termasuk hari ni telah telah dua tahun enam bulan Afieq koma, tetapi tiada tanda yang dia akan sedar,” kata Ustaz Rasyid kepada Fatimah. “Tetapi ustaz, hampir setiap malam saya termimpi tentang Afieq,” kata Fatimah. “Kamu mimpi tentang apa tu Fatimah?” tanya Ustaz Rasyid. “Saya mimpi Afieq datang kepada saya dan menunjukkan sut perangnya yang sangat canggih,” kata Fatimah lagi. “Apa ciri-ciri sut perang tersebut?” soal ustaz lagi. “Ia bewarna merah, ia dapat mengeluarkan cahaya dari dadanya dan juga ada roket di telapak kakinya”. “Saya pun ada termimpi tentang Afieq juga, dan mimpi tu sama dengan apa yang awak cerita,” kata Ustaz Rasyid sekali lagi.
            Keesokan harinya, tiba-tiba Fatimah mendapat berita yang Afieq tiada di hospital. Pihak hospital mengatakan yang Afieq tiada sejak awal pagi tadi kerana rakaman CCTV merakamkan ada seorang pesakit telah berlari keluar dari hospital. Fatimah sudah mula resah hati kerana takut ada apa-apa yang akan berlaku terhadap Afieq. Asyraf dan adiknya sentiasa mendoakan keselamatan ayahnya supaya mereka dapat berjumpa dengan ayah mereka lagi.
            Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah mereka, Fatimah pun membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya mereka, apabila melihat orang yang mengetuk pintu tersebut adalah Afieq. Ketika itu, Fatimah seperti tidak boleh berkata apa-apa kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Afieq. Tiba-tiba Afieq rebah di hadapan pintu. Selepas itu mereka membawa Afieq ke atas katil.
            Selepas lima minit, Afieq pun terbangun dan tersenyum.
            “Selama ayah tiada di sini, siapa yang menjaga kamu semua?” kata Afieq. “Ustaz Rasyid dan ibu yang menjaga kami, ayah”. “Ayah tahu tak, saya akan mengambil ujian UPSR tahun ni,” kata Asyraf. “Bukan sekarang ni bulan Mac tahun 2048 ke? Kenapa Asyraf ambil UPSR pula tahun ni?” soal Afieq seperti tidak tahu apa-apa. “Memang sekarang ni bulan Mac, tapi sekarang ni tahun 2050. Ayah sudah koma selama 2 tahun 6 bulan,” jawab Asyraf. “Ayah rasa, ayah baru 6 bulan tiada di sini”. “Ni sebab abang koma lama sangat kot, sebab tu abang tak ingat berapa lama abang di hospital,” kata Fatimah. “Mungkin juga,” kata Afieq.
            Malam itu, Fatimah pergi bercakap dengan Afieq secara persendirian.

“Mengapa setiap malam, saya mesti akan bermimpi tentang abang dalam tidur saya?” soal Fatimah. “Mungkin awak dapat kot mesej yang saya mahu sampaikan dalam mimpi awak. Tapi abang mahu tanya sesuatu perkara, semasa abang kemalangan hari tu, abang ada memegang sebuah bungkusan yang besar kan. Dimana bungkusan itu sekarang?” soal Afieq. “Tentang bungkusan itu saya sudah meletakkannya di dalam stor di bilik bawah tanah kerana saya melihat bungkusan tersebut merupakan serpihan-serpihan besi. Jadi, saya pun letaklah di stor bilik bawah tanah. Kenapa ada barang yang penting ke di dalamnya?” kata Fatimah. “Itulah maksud mimpi yang awak selalu mimpi tu,” kata Afieq pula. “Apa maksud abang”. “Esok pagi abang akan tunjukkannya”.
            Keesokan harinya, Afieq membawa Fatimah ke bilik bawah tanahnya untuk mengambil sut perang tersebut. Selepas itu, dia membawa Fatimah pergi ke kawasan rahsianya. Selama ini Fatimah tifak pernah tahu yang ada kawasan rahsia di bilik bawah tanahnya. Dia menyuruh Fatimah supaya membuka ikatan bungkusan tersebut, secara tiba-tiba serpihan-serpihan sut tersebut bergerak mengelilingi Afieq. Afieq seperti memakai sut tersebut. Selepas kejadian tersebut baru Fatimah faham apa maksud mimpinya itu.
            Hari-hari berikutnya, Afieq tidak bekerja seperti biasa tetapi dia telah mencipta sebuah robot untuk membina sut-sut perang yang serupa dengan Mask 42. Mask 42 adalah nama sut yang dia dapat. Nama tersebut diberikan oleh Fauzi, lelaki yang dia jumpa semasa dia koma. Fauzi juga mengajarnya cara membuat robot yang boleh membina sut-sut tersebut. Dalam sehari dia dapat membina sebanyak 2 buah robot. Dia hanya mahu membina sut tersebut selama 1 bulan sahaja. Ini bermaksud tugas dia adalah hanya membina 60 sut. Selepas itu, dia menyambung kerjanya di kilang.










BAB 5 : DENDAM

            Sejak dari hari itu, Afieq memakai Mask 42 untuk pergi menyelamatkan orang dan membantu pihak polis membanteras jenayah. Dia juga kadang-kadang memakai Mask 42 untuk pergi ke luar negara. Contohnya, ke England untuk berjumpa dengan saudara-maranya yang tinggal di situ. Afieq selalu memakai Mask 42 kerana Mask 42 merupakan sut pertamanya dan hanya satu-satunya sut yang boleh dikawal dari jarak yang jauh. Afieq juga tidak pernah mendedahkan identiti sebenarnya kerana dia tidak mahu dibangga-banggakan oleh orang lain.
            Suatu hari, Mask 42 telah rosak akibat terkena tembakan oleh sekumpulan penjenayah. Afieq betul-betul berasa bersalah dan mahu menebus semula kesalahannya dengan membaiki Mask 42 dengan teliti dan dia mahu menambah baik Mask 42 supaya kelihatan lebih hebat dan kebal. Dia membaiki dan menambah baik Mask 42 dalam masa 2 bulan, selepas itu baru Mask 42 boleh digunakan semula.
            Setahun kemudian,
Afieq dan keluarganya berkelah di hutan. Pada malam perkelahan mereka, mereka ternampak sebuah meteor telah jatuh di sebuah kawasan lapang yang berdekatan dengan mereka. Afieq pun terus pergi ke tempat meteor itu terhempas. Semasa dia di sana, dia melihat meteor yang berbentuk bulat itu telah terbelah menjadi dua. Tiba-tiba keluar sehelai kertas. Dia pun mengambil kertas tersebut dan membacanya.
            “Wahai penduduk Bumi bersiap sedialah kamu semua, kerana kami akan datang kepada kamu dalam jangka masa yang terdekat untuk membalas dendam”
-Xuryid (ketua Planet Xanthrone)-
            Dia pun membawa kertas tersebut kepada isterinya. Dia menyuruh isterinya supaya membaca kertas ini sehingga habis.
            “Apa ni, adakah ini sebuah lawak jenaka ataupun memang benar?” tanya Afieq kebingungan. “Semasa abang koma, Mursyid telah pergi ke planet yang dia cakap wujud tu. Planet Xanthrone tak silap saya,” kata Fatimah. “Kenapa dalam surat ni dia tulis, untuk membalas dendam?” soal Afieq lagi. “Mereka juga kata yang Planet Xanthrone telah dihempas oleh sebuah meteor yang sangat besar,” kata Fatimah lagi.


            Pagi keesokan harinya, mereka pulang ke rumah mereka selepas habis berkelah di dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, dia lihat banyak lubang-lubang di jalan raya dan juga di tepi jalan. Lubang-lubang tersebut seperti lubang meteor yang Afieq jumpa. Dia pun cepat-cepat pulang kerumah dan terus membuka televisyen untuk mendengar berita.
            “Malam tadi terdapat banyak meteor yang jatuh ke bumi, kira-kira 2 ribu meteor yang terhempas di bumi. Semua meteor tersebut mengandungi sehelai kertas yang tertulis benda yang sama,” jelas pemberita tersebut di dalam televisyen.
            2 bulan kemudian,
Tentera pertahanan udara Malaysia telah mengesan berjuta-juta kapal angkasa datang menghala ke arah Bumi. Pada mulanya, mereka menjangka makhluk asing tersebut datang untuk meminta bantuan atau berbincang tentang kemusnahan planet mereka. Rupa-rupanya mereka datang untuk membalas dendam.
            Pada tanggal 15 Mei tahun 2051, berjuta-juta kapal angkasa telah mendarat di Malaysia. Mereka mula menyerang Malaysia apabila mereka telah tiba di Bumi.
            Sebelum kedatangan makhluk asing tersebut, Afieq telah melatih seramai 60 orang untuk mengawal sut-sut perangnya itu. Dia juga melatih mereka supaya tidak gentar jika bertempur dengan musuh.












BAB 6 : PENYELAMAT DUNIA

 “Alan, kau bawa kumpulan kau ke sebelah kanan. Izzue, kau pula bawa kumpulan kau ke kiri. Kumpulan Iqal dan Zubir pula bertahan di bahagian belakang. Kumpulan aku akan bertempur di bahagian hadapan. Faham?” arah Afieq. Mereka sedang bertempur dengan askar dari Planet Xanthrone.
Semasa berperang Afieq terlihat Mursyid kelihatan seperti resah gelisah. Jadi, dia menyerahkan tugasnya sebagai ketua kepada Alan lalu dia pergi ke arah Mursyid untuk berbincang sesuatu.
“Apa yang sebenarnya terjadi?” soal Afieq. “Sebenarnya, semasa kami mahu pulang dari planet itu kami telah menghancurkan planet itu dengan senjata rahsia kami. Mungkin sebab itu mereka datang untuk membalas dendam,” jelas Mursyid. Mendengar penjelasan Mursyid, Afieq terus melempang Mursyid dan berkata “kau tak fikir ke apa yang akan jadi kalau kau musnahkan planet tersebut? Sebelum kau hancurkan planet tersebut, kau tak terfikir ke bahayanya terhadap rakyat Bumi?” kata Afieq dengan marah. Selepas itu, dia melepaskan Mursyid dengan selamat.
            Semasa mereka sedang bertempur, mereka terlihat beratus sut perang datang ke arah mereka. Rupa-rupanya itu adalah Afieq bersama-sama dengan 1440 sutnya yang lain. Mereka datang untuk meleraikan pertempuran antara kedua-dua pihak. Selepas itu Afieq bertemu dengan Xursyid untuk berbincang.
            “Sebenarnya semasa planet kamu musnah itu, planet itu kosong kan?” tanya Afieq. “Ya, memang kosong,” jawab Xursyid. “Tetapi kenapa kamu datang membalas dendam?” soalnya lagi. “Ini kerana kami tiada tempat tinggal untuk kami teruskan kehidupan,” jawab Xursyid lagi. “Tidak mengapa nanti saya akan bawa kamu semua ke sebuah planet yang kosong, nanti di sana kamu binalah kehidupan kamu sendiri, setuju?” soalnya lagi. “Setuju,” jawab Xursyid.
            Selepas itu Afieq pergi membawa makhluk-makhluk asing tersebut, terbang ke angkasa untuk mencari planet seperti apa yang Afieq katakan itu. Selepas beberapa tahun baru mereka menemui sebuah planet yang kosong dan mereka pun tinggal di situ untuk selamanya.
            Selepas beberapa tahun kemudian, baru Afieq pulang ke Bumi dalam keadaan yang selamat. Dia bangga kerana telah menyelamatkan Bumi dari ancaman makhluk asing. Dia juga disambut dengan bangga oleh semua penduduk Malaysia. Mereka menganggap Afieq sebagai penyelamat dunia

            Selamanya, peristiwa tersebut akan dikenang sebagai sejarah dan akan dikenang hingga ke akhirnya. Begitulah terciptanya sejarah sut perang paling moden di abad ke-21.

Thursday, May 15, 2014

"THIRD DAY FINAL EXAM" (15/05/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ketiga peperiksaan, kertas hari ini adalah kertas Bahasa Melayu dan Sejarah. Tiba-tiba, saya teringat yang saya belum hantar novel saya kepada cikgu lagi. Tapi, nasib baik dapat jawab dengan baik. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Terima kasih sekali lagi.

Wednesday, May 14, 2014

"SECOND DAY FINAL EXAM" (14/05/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ini, kertas pertama adalah kertas biologi. Kertas kali ini lebih senang daripada kertas peperiksaan pertama hari itu. Tetapi…..kertas kedua, matematik amat amat amat amat amat susah. Betul-betul susah. Walaupun kami boleh menggunakan kalkulator, soalan dia macam soalan sekolah versi susah. 

Sekian Terima Kasih.

Tuesday, May 13, 2014

HARI WESAK (13/05/2014)


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni tiada exam kerana hari ni cuti Hari Wesak. Dapatlah saya berehat untuk jawab exam. Akhirnya saya dapat masa untuk membaca buku. 

Sekian, Terima Kasih.

Monday, May 12, 2014

"FIRST DAY FINAL EXAM" (12/05/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Assalamualaikum. Hari ni saya telah menjawab dan menduduki peperiksaan. Kertas fizik dan bahasa inggeris. Boleh tahan senang. Doakan saya dapat A+ tauu? Saya sudah lama mahu mendapat A+ tapi tak kesampaian. Doakan saya tau!! Terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Sunday, May 11, 2014

MINGGU PEPERIKSAAN (11/05/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMT SEJAHTERA.

Pagi ni, Amer, Mursyid, Aizu, Aqil, Harith dan saya dikejutkan oleh Abang Abul. Mula-mula, lepas Abang Abul pergi, kami tidur balik sebab terlalu penat. Lepas tu, terdengar suara Abang Abul menghampiri bilik kami. Tiba-tiba semua terus bangun. Hahaha.

Lepas Solat Subuh di surau, kami pun tidur balik. Dalam pukul 9 pagi, baru lah kami bangun. Kami pun kemas-kemas lah bilik kepada keadaan asal. Selepas bersarapan, kami menunggu bas untuk menghantar kami pulang ke Permata.

Malam tu saya pergi ke Makmal Bahasa untuk siapkan kerja Penididkan Jasmani. Ingatkan senang je nak buat, rupa-rupanya sampai 3 jam buat. Lepastu baru lahstudy untuk paper esok, Physics. Dah last minute baru nak study.

Apa-apa pun, selamat masih sempat nak ulangkaji. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya untuk menghadapi minggu peperiksaan ni. Terima kasih kerana sudi membaca! :D

ANALISIS CERPEN KUCING BERDURI KOTA & 8100 (CERPEN 22)


 KUCING BERDURI KOTA & 8 1 0 0                     A GHANI ABDULLAH

Sinopsis: 


Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0’ ini mengisahkan tentang Zic 9295, seorang pemerintah Israel yang zalim, syaitan bertopengkan manusia, yang diibaratkan sebagai yang kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.

Zic 9295 sedar akan kesalahannya, tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnya. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.

Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba menangkis segala tuduhan terhdapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.

Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.

TEMA: 

Keadilan mesti ditegakkan selepas segala kekejaman yang dilakukan Zic 9295 ke atas etnik 8100.


PERSOALAN:  

1. Persoalan ketaatan pada agama.

Contoh:
Etnik 8100 beragama Islam. Mereka mengagungkan kebaikan dan melarang permusuhan. Mereka bersolat berzakat. Mereka percaya Nabi Muhammad saw itu Rasul utusan Allah.2. Persoalan hasad dengki yang telah menguasai diri.

Contoh:
“8100 tak perlu merdeka. Kami perlu perkosa merdeka mereka.” Alasan Zic 9295 yang mahu merosakkan roh pegangan etnik 8100.3. Persoalan takut akan pembalasan di atas perbuatannya.

Contoh:

”Dalam bayangan dirinya, roh 8100 datang menikam tubuhnya”.


WATAK & PERWATAKAN: 

Zic 9295:

Seorang pemerintah yang kejam, kucing berduri kota, membunuh tanpa sebab.

Etnik 8100:

Golongan yang ditindas, mengharapkan kemerdekaan, cekal menghadapi dugaan. 


PLOT: 


Permulaan:

Zic 9295 bermonolog bersendirian. Macam-macam kemungkinan yang mengganggu gelodak jiwanya. Kebimbangan mula muncul di dalam dirinya. Dia risau sekiranya dia akan tertangkap disebabkan tindakan kejamnya ke atas etnik 8100.

Perkembangan:

Ada kalanya dia sedar akan kesalahannya menindas etnik 8100 yang sangat dibencinya, namun dia cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia bersedia dengan perlbagai kenyataan palsu yang akan membantunya menangkis segala tuduhan yang bakal dilontarkan kepadanya bila-bila sahaja.

Klimaks:

Dia tekad untuk meneruskan kekejamannya terhadap etnik 8100. Di dalam banyangannya, Zic 9295 berlawan hujah dengan hakim. Dia mampu memutarbelitkan segala fakta yang menunjukkan kezalimannya terhadap etnik 8100. Dia bijak menyelamatkan diri.

Peleraian:

Polis antarabangsa datang menangkapnya. Zic 9295 dhadapkan ke muka pengadilan. Dia dihukum untuk setiap tindakan kejamnya ke atas etnik 8100. Ini tentunya menjadi pengajaran kepada pemimpin dunia lain.


TEKNIK PLOT: 


Imbas kembali:
“Terlepaskah aku atau tertangkapkah aku? Aku adalah kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa.” Cik-cok gelodak jiwanya.Kejutan:Ketika itulah datang polis antarabangsa menangkapnya. Dia perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Dia perlu ke mahkamah Jenayah Antarabangsa.

LATAR:

Latar tempat: “Zic 9295 dalam rumah di ruang tamu.”

Latar Masa: “Malam makin menggigit. Tengah malam sudah berlalu
                    hampir dua jam”


SUDUT PANDANGAN:  

Sudut pandangan orang ketiga terbatas


NILAI: 

- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian


PENGAJARAN: 

Jadilah seorang pemimpin yang bersifat rakyat, yang berupaya mengekalkan kebebasan dan keamanan.

KOLEJ ZA'BA (10/5/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Malam semalam saya tengok movie di bilik Harith Eidlan. Lepas tu saya tidur kat sana dalam pukul 1:30 pagi kot. Pagi tadi saya bangun apabila dikejutkan oleh Abang Amirul Ruzainy aka Abang Aru, Presiden Majlis Tertinggi Kolej pada pukul 8:30 pagi. Abang Aru kejutkan kami untuk mengingatkan kami supaya berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna untuk pergi ke Kolej Za'ba.

Semasa menunggu di Dewan Serbaguna kami disuruh untuk memilih roommate sendiri. Saya dengan Amer, Zuhdi dengan Harith dan Aqil dengan Mursyid. Tapi kami tetap tidur di bilik yang sama iaitu di bilik Zuhdi dan Harith. Saya dan Amer membawa tilam kami dari bilik kami ke bilik Zuhdi. Bukannya jauh pun selang 6 bilik je pun.

Petang itu, selepas solat Zohor saya dan 5 orang tadi becadang untuk outing tetapi tidak jadi kerana hujan yang lebat. Selepas itu, saya diajak oleh Abang Kasdi, Abang Idrus dan Abang Amirul Izani untuk outing bersama-sama dengan mereka. Saya pun bersetujulah sebab bukan selalu dapat keluar dengan senior kan. Kami pergi ke Metro Kajang untuk membeli barangan keperluan. Saya ikut mereka sebab mahu membeli alat tulis yang sudah banyak hilang. Sebelum balik saya makan bersama mereka, saya makan nasi goreng kampung, sedap jugak la.

Apabila sudah pulang ke Kolej Za'ba saya mahu masuk ke bilik Zauhdi dan Harith tetapi dikunci, saya mencari mereka tetapi tidak jumpa. Lepas tu saya pun duduk kat bilik Abang Kasdi untuk sementara waktu. Saya baru tahu yang mereka bermain futsal.

Malam tu lepas Solat Isya', kami ingatkan mahu menyambung membuat novel tapi abang senior telah mengajak kami bermain futsal. bukan selalu dapat main dengan senior kan. Kumpulan kami kebanyakannya Foundation 1. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang kuat. Kami telah seri sebanyak 4 kali dan perlawanan selebihnya kami telah kalah. Kami kumpulan paling bersih kerana tidak pernah menang walaupun satu perlawanan.

Sampai bilik je dah pukul 12.15 malam, baru nak start buat novel. Saya, Aqil, Murysid, Hartih, Amer, Zuhdi, semua buat novel, tapi tak ada sorang pun yang siap. Last-last pukul 2 pagi, semua dah tertidur.

Sampai di sini sahaja ingin saya kongsikan mengenai pengelaman di Za'ba. Za'ba memang awesome!

Friday, May 9, 2014

MAKANAN SEDAP (9/5/2014)


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni saya hampir tertinggal bas semasa mahu balik ke Permata dari Masjid UKM. Tetapi saya sempat masuk ke dalam bas sebelum pemandu bas itu bertolak.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, May 8, 2014

KHAMIS (8/5/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni seperti biasa sahaja tetapi hari ni saya mkahu puasa tetapi tidak jadi sebab saya sakit perut. Jadi, saya makan semasa  minum pagi.

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, May 7, 2014

KELAS JERMAN (7/5/2014)

Hari ini saya telah mula rasa berdebar kerana peperiksaan sudah dekat dan berbaki kurang daripada seminggu lagi.

Kami telah menduduki test Biology. Saya bernasib baik kerana saya baru sahaja membuat assignment Biology pagi tadi. Kebetulan, informasi kerja tersebut telah masuk dalam soalan tersebut. Saya ada kelas Jerman sekali lagi.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 6, 2014

SELASA (6/5/2014)

Hari ini saya tidak merasakan apa-apa

Tetapi, saya perlu mula belajar sekarang kerana peperiksaan akan diadakan pada hari isnin minggu depan.
Masih  banyak lagi matapelajaran yang masih saya tak faham walaupun saya telah berusaha untuk memahaminya.

Monday, May 5, 2014

BANTUAN RM100 (5/5/2014)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Hari ni saya dan rakan-rakan saya yang lain mendapat bantuan RM 100 dari kerajaan.
Kami pergi berjumpa dengan guru kelas kami, Cikgu Zaem untuk mengambil duit bantuan tersebut. Kami pergi ke sana pada pukul 10 pagi iaitu semasa waktu rehat. Kami berasa gembira kerana mendapat duit bantuan tersebut. Fuuhhh nasib baik dapat duit bantuan ni sebab duit tinggal sikit je lagi. (PADAHAL BANYAK LAGI, DALAM LEBIH KURANG RM 100).

   Wooooohooooohooooo... Saya suka duit.

SEKIAN, TERIMA KASIH