ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Memandangkan malam tadi tidur lambat, disebabkan oleh Lab Report Biologi dan Kimia, dalam pukul 1:45 pagi baru tidur. Jadi pagi ni pun bangun lambat la, dah la hari ni ada merentas desa. Mula - mula plan nak jogging pagi - pagi tadi sementara nak tunggu merentas desa start. Tetapi Solat Subuh berjemaah pun terlepas. Ish....Ish....Ish....
Pagi tadi saya tak makan sebab agak lambat (sebenarnya awal je saja tak nak makan sebab takut pancit masa lari nanti). Pada pukul 8:00 pagi saya sudah mula berkumpul di Dewan Serbaguna untuk mulakan larian. Memang saya tak sabar - sabar nak lari ni. Lupa saya nak cakap, saya dari Rumah Biru (Sapphire). Sebelum lari, kami melakukan sedikit regangan dan lari. Merentas desa bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari. Merentas desa mula dari PPpN ke checkpoint pertama di Rumah Haiwan. Kemudian ke Bukit Puteri dan pusing semula ke PPpN. Pada awal - awal merentas desa, saya, Syed, Asyraf dan Zuhdi berada di kelompok belakang. Pada pertengahan jalan ke Rumah Haiwan, kami mula memintas orang - orang di hadapan sehingga saya mendapat nombor 7 manakala Amer pula nombor 1 (dia pun Sapphire juga). Sampai setengah jalan nak ke checkpoint kedua, tiba - tiba Amer berjalan sahaja. Kami tanya kenapa. Dia jawab "pergilah dulu nanti aku ikut korang" lalu kami pun tinggalkan dia.
Semasa itu, di kelompok hadapan ialah Kamal (Topaz), Syed (Sapphire), Aqil (Emerald) dan Nabil (Ruby) manakala saya masih nombor 7. Semasa mahu pusing Bukit Puteri, saya tidak nampak bayang Syed dan 3 yang lain. Semasa itu saya berjalan dengan Zuhdi. Tetapi ketika di puncak Bukit Puteri, Zuhdi berkata "penatlah" lalu dia pun duduk. Saya tinggalkan dia di atas Bukit Puteri sorang2. Semasa perjalanan pulang, saya berjalan bersama Izwan (Emereld) dan Jing Kai (Ruby). Ketika menghampiri garisan penamat hanya kami bertiga sahaja. Saya bercakap dalam hati "biarlah aku nombor 7 pun asalkan bukan 8" selepas terlintas di hati saya perkataan itu, terus Jing Kai memintas saya. Saya sudah takut jika dapat nombor 8 jadi apabila sampai di satu tiang lampu, saya terus sprint dan memintas Jing Kai semula. Akhirnya, kali pertama saya dapat pingat dalam acara merentas desa.
10 Terbaik Kedudukan Merentas Desa Foundation 1 (lelaki) :
1. Syed (Sapphire)
2. Kamal (Topaz)
3. Aqil (Emerald)
4. Nabil (Ruby)
5. Asyraf (Sapphire)
6. Mursyid (Topaz)
7. Aizuddin (saya)
8. Ong Jing Kai (Ruby)
9. Izwan (Emerald)
10. Zuhdi (Sapphire)
Ini pula ialah Kedudukan Rumah Sukan :
1. Topaz
2. Sapphire
3. Emerald
4. Ruby
Saya mahu tutup cerita tentang merentas desa di sini. Sekian, terima kasih.